PANGGILAN bom palsu, dua insiden kereta rosak dan pemandu yang 'potong jalan' antara sebab yang menyebabkan kesesakan di Tambak hujung minggu lalu.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pengguna jalan raya boleh menjangka jalan raya sesak dari Jumaat (21 Disember) hingga Tahun Baru di kededua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, terutama pada hujung minggu.





