Sedang kebanyakan gerai di pusat-pusat penjaja yang menjadi tumpuan masyarakat Melayu dikerumuni ramai pelanggan, gerai-gerai masakan Melayu di sekitar estet-estet privet seperti di Serangoon Garden dan Upper Thomson hanya sibuk pada waktu pagi dan tengah hari. Namun, mereka mempunyai strategi tersendiri untuk menarik pelanggan dan memastikan dapur di gerai masing-masing terus berasap. Para penjaja berkenaan berkongsi pengalaman melayan pelanggan majoriti...





