BERALIH kepada pendekatan ekonomi kitaran akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang bagi syarikat setempat dan secara tidak langsung menghasilkan pekerjaan baru bagi para pelajar apabila mereka tamat pengajian kelak, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Memberikan contoh, Encik Masagos berkata pereka desain diperlukan untuk mereka produk yang dapat mengurangkan kesan sekitaran tetapi pada masa yang...





