Lebih 2,000 peserta termasuk 571 individu berkeperluan khas menyertai acara larian Run for Inclusion 2018 di Stadium Bishan petang tadi (26 Ogos).
Acara larian ini yang diadakan buat tahun keempat oleh sebuah koperatif, Runnninghour, merupakan satu-satunya acara di sini yang melibatkan orang awam berlari bersama golongan berkeperluan khas.





