SATU majalah yang mengandungi artikel mengenai kebudayaan masyarakat Melayu yang disumbang oleh pakar dan cendekiawan dalam pelbagai bidang dilancarkan dalam satu majlis di Perpustakaan Toa Payoh hari ini (25 Ogos).
Diterbit oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Sekata - Jurnal Bahasa dan Persuratan dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.





