SERAMAI 11 daripada 13 bayi yang minum susu formula Dumex yang mungkin mengandungi bakteria dan ditarik balik oleh pihak berkuasa baru-baru ini kini berada dalam keadaan sihat, kata jurucakap Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) hari ini (23 Ogos).
Pihak hospital masih cuba menghubungi ibu bapa atau penjaga baki dua bayi.





