DIRINYA tersembam dan tertiarap ke lantai. Matanya cuba dibuka sedikit demi sedikit. Berat. Kedua-dua tapak tangannya mula meraba-raba permukaan kayu. Kepalanya diangkat sedikit tetapi masih berputar. Kepalanya diletakkan semula di lantai. Ditolak kedua-dua tapak tangannya pula untuk memapah dirinya bangun dari mimpi lena. Tidak terdaya. Dicubanya sekali lagi. Lengannya terketar-ketar menahan berat badannya yang kecil. Belikat dan kakinya berbilur, menyukarkan...





