SEORANG lelaki 65 tahun ditangkap polis kelmarin (13 Oktober) kerana mengganggu ketenteraman awam dan sengaja menyebabkan kecederaan kepada kakitangan awam.
Polis berkata mereka memberi respons selepas menerima aduan daripada orang awam pada 11.30 pagi kelmarin berhubung seorang lelaki yang meminta duit daripada orang awam di 1 Geylang Serai.





