SEREMBAN: Seorang wanita warga Singapura maut dalam kemalangan bas yang dalam perjalanan ke Genting Highlands, menurut laporan media Malaysia.
Cik Serina Mat Idris, 27 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak dari tingkat atas bas ekspres dua tingkat itu yang berlanggar dengan sebuah lori.





