KELELAHAN dek tidak cukup rehat bagi menjaga anak istimewa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, dapat dikesan pada wajah suami isteri, Encik Mohd Jazlan Hamzah dan Cik Siti Zubaidah Mohd Daud.
Mereka menggagahkan diri demi memastikan puteri bongsu mereka, Armel Nadia, dua tahun, yang lahir dengan Sindrom Down dan mengalami penyakit paru-paru kronik mendapat rawatan terbaik...





