Lebih enam dekad, beliau tidak pernah berhenti mencurahkan bakti dalam kerja seni sama ada sebagai penulis lirik, penerbit rancangan televisyen atau menulis buku. Yusnor Ef tidak mengenal erti penat atau memikirkan untuk bersara biarpun sudah lama meninggalkan usia persaraan. Selain menjadi satu-satunya Presiden Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) sejak persatuan itu ditubuhkan pada 1994, beliau juga anggota lembaga pengarah Persatuan...





