HASIL sifat peka seorang individu yang ternampak sebuah beg galas yang disembunyikan di belakang beberapa pasu, suspek rompakan bersenjata yang mengancam untuk meletupkan sebuah kedai pajak di luar stesen MRT Boon Lay Sabtu lalu berjaya ditangkap.
Suspek yang merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun itu ditangkap di Muscat Street di Kampong Glam, di kawasan tempat tinggalnya, semalam (1...





