Polis sedang menyiasat laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) dan salah seorang penulisnya kerana disyaki melakukan kesalahan jenayah memfitnah, berhubung artikelnya baru-baru yang memuatkan komen oleh Anggota Parlimen Encik Seah Kian Peng.
Jurucakap Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), badan berkanun di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan, memberitahu The Straits Times bahawa ia telah membuat laporan polis.





