ACARA zumba anjuran Berita Harian (BH) dan Our Tampines Hub (OTH) edisi kali ini bakal menyaksikan penampilan tiga pengendali rutin zumba dan 10 jurulatih oleh kumpulan Nawal Haddad Fitness.
"Menikmati pagi Ahad yang 'sihat' dan dikelilingi pelatih zumba dengan muzik yang menyeronokkan tanpa henti selama 45 minit pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan," kata pemimpin kumpulan Nawal Haddad Fitness,...





