NIBONG TEBAL - Seorang bayi 17 bulan meninggal dunia di Penang pada 6 Jun lalu akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Lee Boon Chye.
Dr Lee berkata kematian tersebut merupakan yang pertama di Malaysia akibat HFMD dan ujian makmal yang dilakukan pada sampel tisu bayi itu mengesahkan bahawa kematiannya adalah disebabkan penyakit tersebut.





