GEORGE TOWN: Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Malaysia menyusuli hujan lebat malam tadi sehingga awal pagi ini (30 Julai).
Di Pulau Pinang misalnya, antara kawasan yang paling teruk terjejas termasuk Jalan Tan Lu Ghee di Taman Free School; Jalan York, George Town dan Jalan Ismail Che Mat dekat Jalan P. Ramlee.





