PENYERANG veteran Shahril Ishak tidak akan beraksi lagi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung selepas menjalani pembedahan bagi merawat bahu kanan yang terkehel.
Bercakap kepada The Straits Times, jurulatih sementara pasukan bola sepak nasional Fandi Ahmad berkata: "Shahril telah menjalani pembedahan bagi bahu yang terkehel dan terkeluar dari pertandingan ini. Namun beliau akan tetap bersama kami."





