JUARA Olimpik tunggal dari Singapura, Joseph Schooling telah memecah rekod nasional gaya kupu-kupu 50 meter dalam peringkat saringan Piala Dunia Renang FINA pada Sabtu (17 November).
Beraksi di hadapan penyokong sendiri di OCBC Arena di Singapura, Schooling mencatat masa 22.76 saat untuk memecahkan rekod 22.93 saat yang dicatatkannya sendiri di Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, tahun lalu.





