DALAM tempoh kurang tiga minggu sahaja lagi, penumpang boleh menaiki penerbangan komersil tanpa henti paling lama di dunia antara Singapura dengan New York di Amerika Syarikat.
Menurut Singapore Airlines (SIA) hari ini (22 September), mereka telah pun menerima pesawat Airbus A350-900ULR yang pertama di dunia daripada Airbus.





