Musim durian datang lagi tetapi jumlah yang dimport kali ini lebih banyak sehingga melimpah ruah dan sekali gus menyebabkan harga durian jatuh. Harganya yang jauh lebih murah menyaksikan warga Singapura yang 'hantu durian', berpusu-pusu ke gerai-gerai durian yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sebahagian besar daripada pembeli memakannya begitu sahaja untuk menikmati kelazatannya dan sebahagian lagi membuat juadah berasaskan durian...





