SEORANG daripada tujuh suspek yang ditangkap berkaitan insiden kelar-mengelar di Serangoon Road, pada Khamis (26 Julai) dibawa pegawai siasatan polis ke Kolam Air Lower Pierce, di mana beliau dipercayai membuang pedang samurai yang digunakan dalam serangan pada hari sebelumnya.
Menurut akhbar The Straits Times, suspek itu Arjun Retnavelu, melontarkan pedang itu ke kolam air sekitar 4 petang pada Rabu.





