SEKOLAH Seni Singapura (Sota) telah menganjurkan Lawatan Jejak Seni khas bagi menyambut ulang tahunnya ke-10, Jumaat lalu.
Jejak Seni khas itu memaparkan beberapa persembahan dan seni pemasangan menarik yang menggabungkan aspek tradisional dan kontemporari yang mencerminkan kemajuan dan perjalanan pembelajaran seorang pelajar Sota.





