PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) telah melancarkan siasatan terhadap seorang juruterbang Singapore Airlines (SIA) yang ditangkap di Australia Sabtu lalu (15 September) kerana gagal satu ujian alkohol sebelum penerbangannya.
Pengarah (layak terbang dan operasi penerbangan) CAAS, Encik Alan Foo, berkata ini merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun mereka menyiasat kes sedemikian, lapor akhbar The Straits Times.





