Fandi Ahmad dan pasukannya membuka tirai kempen Piala AFF Suzuki dengan meraih tiga mata penting selepas menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Negara pada Jumaat (9 November).
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh kapten Hariss Harun pada pertengahan babak pertama, selepas beliau menyambar hantaran Gabriel Quak dari sayap kanan dan melepaskan rembatan yang menyusup ke penjuru kiri gawang...





