DERAP sepatu berselang dekahan tawa di kaki lima kelas rakus mengasak telinganya. Matanya tajam sambil menghafal senarai nama pelajar beserta gambar di tablet. Sesekali telinganya diasak tempikan berseli kekekan suara-suara separuh parau dan nyaring. Dia masih terpasung di kerusi. Kekata gurauan kasar sesekali merembat halwa telinganya...
Hingar-bingar tadi tiba-tiba mati. Dia melepaskan duduknya. Lantas berdiri tegap berhampiran pintu masuk. Sepasang...





