TOKYO: Jumlah korban akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan pulau Hokkaido di utara Jepun meningkat lebih seganda kepada 18 orang, kata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pagi semalam, dengan lebih separuh daripada 5.3 juta penduduk masih ketiadaan bekalan elektrik.
Gempa sekuat 6.7 pada skala Richter itu, yang melanda sebelum fajar kelmarin, mencetuskan tanah runtuh yang menimbuskan rumah-rumah dan melumpuhkan Hokkaido...





