TIGA lelaki ditangkap kerana disyaki mengedar dadah manakala 3.2 kilogram kanabis bernilai sekitar $32,000 dirampas kelmarin (11 Julai) dan awal pagi semalam di pusat pemeriksaan Woodlands.
Semasa menjalankan pemeriksaan, pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui empat bungkusan yang disyaki adalah dadah terkawal yang disembunyikan dalam sebuah beg dalam sebuah kereta Malaysia sekitar 11.15 malam kelmarin.





