Dengan perginya satu-persatu 'butiran permata berharga' dalam dunia filem Melayu klasik, hanya segelintir sahaja bintang filem yang masih ada hayatnya. Seniwati Zaiton Abdullah dan Seniman Wahid Satay adalah antara bintang legenda malar segar yang terus menetap di Singapura bersama keluarga masing-masing. Kelmarin, jasa mereka dihargai melalui satu acara Abadi Kenangan Lama. Ia dianjurkan oleh penulis blog Wadah Seniku, Cik Siti...





