HANYA sekitar seminggu sejak tempahan dibuka pada 3 Julai lalu, kini lebih separuh daripada 3,700 kambing korban sudah pun ditempah orang ramai.
Menerusi satu kenyataan hari ini (10 Julai), Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) berkata lapan masjid yang menawarkan kambing korban dari Australia tidak lagi menerima tempahan.





