LEBIH ramai orang naik pelamin tahun lalu, dengan pasangan yang kahwin campur membentuk hampir suku daripada 28,212 perkahwinan yang didaftar.
Tahun lalu, 22.1 peratus daripada perkahwinan yang didaftarkan merupakan perkahwinan antara kaum, menurut Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian 2017 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura hari ini (10 Julai).





