PELANGGAN yang terlupa membawa dompet mereka apabila berbelanja di Cold Storage, Giant, Guardian dan 7-Eleven tidak lama lagi akan dapat membuat bayaran menggunakan telefon bimbit mereka menerusi WeChat Pay.
Kumpulan runcit setempat Dairy Farm Singapore dan Nets mengumumkan hari ini (23 Oktober) bahawa mereka telah bekerjasama dengan gergasi bayaran elektronik China WeChat untuk menawarkan pelanggan pilihan membuat bayaran dengan khidmat...





