SEORANG lelaki berusia 31 tahun yang meninggalkan lorinya yang membawa rokok kontraban di pusat pemeriksaan Woodlands telah ditangkap hari ini (6 Julai).
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pegawainya menangkap lelaki warga Malaysia itu, Asrul Nizam Jamil, sehari selepas beliau meninggalkan lorinya di ruang pemeriksaan kargo di pusat pemeriksaan itu.





