SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS), selepas melengkapkan sisatan, pada peringkat awal mendapati bahawa perjanjian untuk bergabung antara Grab dengan Uber telah menyebabkan 'persaingan berkurangan secara ketara' dalam wadah memanggil khidmat pengangkutan sewa-privet, kata suruhanjaya itu dalam kenyataannya pada 5 Julai.
"CCS telah melengkapkan siasatan selepas mendapatkan bukti daripada pihak terlibat dan pihak ketiga," kata CCCS dalam kenyataannya.






