Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), satu-satunya lembaga berkanun bagi pentadbiran agama di Singapura, telah memenangi empat anugerah yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD), termasuk satu anugerah cemerlang bagi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mandatori.
ARS, sistem pentauliahan bagi asatizah setempat, dijadikan mandatori tahun lalu, antara usaha Muis untuk menaik taraf asatizah setempat sebagai sumber rujukan berwibawa bagi masyarakat Muslim Singapura.






