MENJELANG Jun 2020, penduduk Sembawang tidak lagi perlu ke Yishun untuk berenang atau menikmati makanan yang murah.
Sebaliknya, satu hab masyarakat dan sukan yang kurang menggunakan kereta dengan kemudahan seperti kolam renang dan pusat penjaja makanan akan dibangunkan di tapak seluas 12 hektar sebelah stesen MRT Sembawang.





