SOCHI: Impian Piala Dunia Cristiano Ronaldo hancur selepas pasukannya tewas kepada Uruguay tetapi tidak memberi bayangan sama ada beliau merancang untuk terus bermain dengan Portugal.
Dalam perlawanan pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 itu, Edinson Cavani dari Uruguay menjaringkan dua gol sementara Pepe dari Portugal menjaringkan satu gol di separuh kedua perlawanan.





