BELIAU ingin memberi kejutan kepada anak lelakinya namun sebaliknya, Encik Keith Goldfinch, mendapat kejutan lebih besar pula.
Encik Goldfinch, seorang jurutera di syarikat Rolls-Royce, baru pulang ke Singapura dari Perancis pada 19 Jun lalu dan ingin memberi kejutan kepada anak lelakinya yang berumur empat tahun, William, dengan mengambilnya dari sekolah.





