Kudup malam berhasrat rindu di takhta hati berkata pada-Mu Ya Ilahi khabarkan cintaku berselawat ke atas Nabi Muhammad saw sambutlah salam manis zikir dan witir istikharah dan hajat menuju Masjidil Haram.
Langkah kaki terbuka nafas berdebar di jantung lafaz niat memasuki rumah-Mu pandangan jiwa bersatu khalimah Allah teralir air mata syahdu pada sejadah hijau sebagai saksi rindu ini tidak tersalah...






