TIADA negara yang boleh menangani kesan perubahan iklim secara sendiri, justeru adalah penting untuk Singapura menyertai dialog global serta menyumbang pandangan, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed.
Beliau berkata demikian tentang penyertaan Singapura dalam Dialog Iklim Petersberg (PCD) ke-9 di Berlin, Jerman serta mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Tindakan Iklim (MoCA) yang ke-2 di Brussels, Belgium.





