Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam dakwaan rasuah melibatkan dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dr Mahathir berkata tuduhan yang boleh dikenakan ke atas Datuk Najib termasuk penggelapan wang, mencuri wang kerajaan, menghilangkan wang kerajaan dan menggunakan wang kerajaan untuk memberi rasuah. Berikut Datuk Najib memberi respons...





