ORANG ramai yang telah membeli bijirin Honey Smacks Kellogg's dinasihatkan untuk segera membuang produk itu menyusuli keprihatinan tentang pencemaran bakteria salmonella.
Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) menarik balik produk itu dalam bungkusan 15.3 oz dan 23 oz kelmarin (18 Jun) tetapi kini menasihatkan orang ramai untuk tidak memakannya, tanpa mengira saiz bungkusan mahupun tarikh luputnya.





