PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menamakan tiga menteri kanan dalam Kabinet baru beliau petang tadi (12 Mei), tiga hari selepas Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya berjaya menewaskan Barisan Nasional yang telah memerintah negara itu selama enam dekad.
Setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, akan menerajui Kementerian Kewangan.





