MUNCUL di empat edisi Sukan SEA, tiga temasya Sukan Asia dan sekali di peringkat Sukan Komanwel, jaguh menembak negara, Mohd Zain Amat, akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan nasional.
Selepas lebih 15 tahun berjuang dalam sukan menembak khususnya dalam acara 'trap' bagi senapang patah, yang turut menyaksikan Zain merangkul lima pingat emas dan dua gangsa di pentas Sukan SEA bermula...





