KEPULAN asap mula mengisi ruang bilik yang picik. Lelaki tua itu kebingungan. Mula mencari-cari sesuatu untuk melepaskan diri. Di manakah tentera yang lain saat diperlukan? Tidak seorang pun yang kelihatan. Dia akur tindakan segera harus dilakukan jika tidak mahu dirinya ditangkap tentera Jepun. Digagahi kakinya yang lemah untuk memanjat pada rakit yang goyah. Percubaan untuk meloloskan diri tersekat apabila kerongkongnya...





