Pokok-pokok yang bagaikan berdiri tegak tidak semua daunnya bergetar ada yang seperti tersihir asyik dengan usapan mentari yang menghangatkan impian kerana angin yang menyisir pada daun-daun hijau itu tidak semua yang terelus kata-kata berpaut pada harapan ranting lebih untung daripada berpaut pada ranting harapan.
Usah diperdebatkan seperti daun-daun pokok sekali ditiup angin ada antara kita yang terkucil tidak membalas salam...





