ANGGOTA keluarga dan teman-teman Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee, termasuk rakan askarnya, memberi penghormatan terakhir kepadanya sebelum penghormatan pengebumian tentera diadakan hari ini (5 Mei).
Upacara yang diadakan di rumah mendiang di Jurong East itu dihadiri lebih 50 pegawai tentera, termasuk Ketua Pegawai Kawalan, Kolonel Seet Uei Lim.





