KONSERT amal 'Sepetang Bersama Bintang - Anuar Zain' yang turut menampilkan penyanyi Singapura, Fauzie Laily, dan sepatutnya berlangsung esok di Johor Bahru, telah pun dibatalkan.
Penganjurnya, syarikat Malaysia, E & F Event Resources, dalam satu kenyataan akhbar memberikan "faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan" sebagai sebab konsert di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor itu tidak dapat diteruskan.





