SINGAPURA perlu memastikan bahawa persaingan wujud dalam khidmat sewa-privet dan penumpang masih mempunyai pilihan.
Pemerintah juga ingin memastikan pemandu teksi tidak terikat dengan sebarang khidmat sewa-privet, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, mengulas tentang perjanjian baru-baru ini, antara Uber dan Grab.





