SELAIN agihan langsung kepada para penerima bantuan, khususnya golongan fakir miskin dan para pelajar memerlukan menerusi asnaf Riqab, Muis turut mengagihkan sebahagian wang Zakat kepada beberapa badan Melayu/Islam lain.
Misalnya, wang agihan menerusi asnaf Mualaf disalurkan kepada Darul Arqam yang menguruskan hal ehwal golongan mualaf baru di Singapura.





