MESKIPUN dirundung masalah kesihatan sehingga disahkan tidak mampu keluar bekerja, ia tidak mematahkan semangat Cik Salbiah Said untuk bangkit membina kehidupan yang sempurna buat dirinya dan anak-anaknya.
Beliau disahkan menghidap penyakit reumatisme dan tulang belakang - kondisi tersebut tidak mengizinkannya untuk berjalan jauh dan berdiri lama. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, beliau perlu berdepan dengan masalahnya itu seorang diri.





